Sabtu, 15 Julai 2017

Makan di a&w

πŸ’‹ Assalamualaikum

Hai..rabia baru je balik rumah ni..Hehehe..Malam-malam ni perut rasa lapar pulak..So ajak my parents pergi makan a&w.
Padahal bulan puasa baru ni dah makan dah.Tapi yang tu bungkus je.makan dekat rumah.Malam ni kitaorang makan dekat luar.Ambil udara sejuk sikit.Hehehehe..

Rabia suka makan a&w berbanding kfc.Kulit ayam pun kurang..Banyak isi ayam lah.Biasa dulu order ayam original tu.Tapi sekarang order ayam spicy..Biar pedas sikit.Baru ada selera makan pedas-pedas ni.

Kalau bab minuman pulak..rabia jarang minum air sejuk ya.. Setiap kali makan di kedai mesti order tea o.
Kalau dekat rumah pulak banyak minum air kosong πŸ’‹ Jaga kesihatan . hehe..


 Panas lagi tea o ni..Minum pun guna sudu nak hirup..Hehehe.. Tea o lipton πŸ’œ

Yang ni dia campur semuanya..onion ada..lagi apa entah namanya..Rabia pun tak tahu..Makan je lah tahu. 😊

Sorry gambar ayam tak snap pun..Sebab tak sabar nak makan..Order ayam 9 ketul..3 ketul lagi bungkus . Tak habis makan.Dah kenyang dah . Alhamdulillah

Sekali-sekala makan ni..Bukan selalu kan..3 ketul lagi tu makan esok pagi pulak

Burger tak order lah pulak..Sebab jarang makan burger ni.. 

Penulis blog : Rabiahtul adawiyah abdul ghani πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Selamat malam 😍

 

Selasa, 11 Julai 2017

Top komentar di blog starlavenderluna.blogspot.my

Assalamualaikum

Alhamdulillah rabia jadi top komentar di blog kak  starlavenderluna.blogspot.my

Terima kasih kak shikin..Nanti dah sampai hadiah saya cerita dalam entry lain pulak ya.

Rabia memang banyak dah dapat hadiah dari blogger dan top komentar banyak blog dah.

 Dah banyak top komen dah ni..nasib baik lah rabia buka blog kak shikin tadi.cepat-cepat wasap kak .heheh..alhamdulillah rezeki rabia kan.usaha blogwalking blog blogger.

πŸ’œπŸ’œ First time dapat hadiah daripada kak shikin ni blog ://starlavenderluna.blogspot.my/

Rabia dah penat dah..so kita sambung tidur ya.lain kali rabia cerita entry lain pulak ya πŸ’œπŸ’œ

Isnin, 10 Julai 2017

Dapat topup dari mua(makeup artis)

Assalamualaikum..hai

Hari ni rabia happy sangat-sangat tau.Sebab apa?Sebab dapat topup dari kak yana..Ingat tak kak yana yang rabia selalu sebut tu.Mua(Makeup artis tu) Dan rabia pernah shopping dekat butik dia kan.Ada hari tu rabia cerita dalam blog ni.Siap selfie lagi dengan dia tu kan.

Dia bagi topup dekat rabia..Ya allah..terima kasih kak.Sebab rabia suka bom wall facebook dia ni..Suka tengok dia jual barang makeup..sebab tu kalau rabia berkenang je apa-apa dia jual.Rabia akan terus shopping dekat butik yana ni.

Rabia always support mana-mana mua(makeup artis) Blogger,founder produk ke.Sebab rabia memang suka support orang ni . 

Nanti kena always bom wall kak yana ni.hehehe..sebab kak yana selalu bagi gift dekat followers yang setia dengan dia..Eh..rabia always like..share apa jer yang kak yana post dalam facebook.Lebih-lebih lagi berkaitan  alat makeup yang kak yana jual.

 Tengok tu nama rabia ada jugak kan..Rabiahtul Adawiyah πŸ’‹ Terharunya kak mention nama saya.Terima kasih akak..Always support akak..Rasa-rasa macam nak pergi butik kak yana lagi lah..Nak shopping lagi lah..

Support kak yana tau.. Sebab rabia suka tengok kak yana bersungguh-sungguh dalam bidang makeup dan butik . Semoga akak berjaya dunia akhirat.Next time rabia lagi bersungguh-sungguh bom wall facebook kak yana ya.Ramai sangat rabia support ni.Kadang-kadang tak sempat jugak nak bom wall orang lain. πŸ˜πŸ˜‚

DROPSHIP BY DEMIFA

Assalamualaikum..hai πŸ’‹

Sejak bila rabia jadi dropship ni ? Tahun ni jugak lah..Tapi sekejap je jadi ds sebab nak tarik minat customer pun susah . Ada kawan rabia dia memang berkenang sangat dengan baju yang rabia selalu post dalam facebook ni.Tapi bila tengok harga.dia cakap tak mampu nak beli.Ok lah ya. Tak apalah tak nak beli pun.

Rabia jadi ds ni cuma promote barang dalam facebook dan copywriting ayat yang diberi oleh owner by demifa ni.Rabia memang tak tahu macam mana nak handle jadi ds ni. Tetapi disebabkan rabia selalu bertanya pada owner by de mifa ni .Rabia just panggil dia kak fa lah.Dia cerita details lah..

Sekurang-kurangnya ada basic jugak kan dalam jadi ds ni. (dropship)

Rabia cuma tolong promote je. Jual apa ya ? Jual ni jer..Tolong kak fa lah ni..

Foto Rabiahtul Adawiyah.












Baju pun ada jual jugak 

Nak tengok apa yang best bydemifa ni

boleh ke fb beliau : Fatin Sakinah
Fanpage : By de mifa 

InsyaAllah next time jadi dropship fellera lah pulak..heheheh..Kalau ada rezeki lah.Memang best jadi dropship ni.Sebelum nak jadi founder ke..kena join ds dulu.Bersusah-susah dahulu..bersenang-senang lenang kemudian kan.

RABIAHTUL ADAWIYAH ABDUL GHANI 



Jumaat, 7 Julai 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

Assalamualaikum..hai .. hari ini rabia join giveaway :

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway! 

 Rabia nak hadiah ni..sebab suka kumpul banyak-banyak hadiah ..hehehe..

Saya pilih hadiah ini πŸ‘‰

 rabia nak beg laptop ni.sebab senang nak letak laptop dalam beg ni.Rabia kan biasa pergi kolej letak dalam beg biasa jer.tapi berat sangat.so nak sangat beg ni.

Rabia berkenang sangat kasut ni..rabia lama dah nak beli..tapi tak tahu nak beli dengan siapa dan di mana..saya memang suka sangat kasut ini.


Harap ada rezeki saya.insyaAllah..


Rabiahtul adawiyah abdul ghani πŸ‘Š

Assalamualaikum πŸ’‹

Salam syawal ke - 13 

Rabia baru je balik dari rumah terbuka kawan rabia..Alhamdulillah sempat jugak selfie wefie dengan kawan rabia ni.

Nanti rabia nak cuci gambar.Dahlah pakai baju raya warna sedondon.Warna biru pulak tu πŸ’‹πŸ˜‚πŸ˜‚


 Yeay..sedondon baju kita kan..This is my friends..
 Rabia pakai cermin mata tu  πŸ’‹
Lama tak jumpa..tak sangka pakai baju warna sama..hehehehehhe..macam dah janji je.. 
Korang masih beraya lagi ke?Ada jemputan rumah terbuka lagi tak?

Hehehe..kucing tu pun nak selfie jugak ya.Kawan rabia buat makan-makan sikit.Nasi dagang terengganu lah rabia makan tu. Orang terengganu kena pandai belajar masak nasi dagang ya.

Alhamdulillah..suka sangat dapat jumpa dengan kawan i ni.Lama dah tak jumpa.InsyaAllah raya tahun depan pulak ya kita jumpa. 

Selfie banyak-banyak kali gitu..biar penuh memori tab i ..hehhe .. Suka tengok baju tu.Sebab sama warna..sedondon..eh eh..macam berjanji pulak nak pakai baju warna sama ni 

Blogger : Rabiahtul adawiyah abdul ghani πŸ˜‹ 

Selasa, 4 Julai 2017

Pencarian Bloglist Julai 2017 kasihjuju.com

Assalamualaikum..hari ni rabia join :

Segmen Pencarian Bloglist Julai 2017 kasihjuju.com 

 

 

Syarat-syarat penyertaan.
1. Buat entri bertajuk "Pencarian Bloglist Julai 2017 Blog Kasihjuju.com"
2. Letakkan gambar banner segmen dekat atas ni dan backlink kan ke page ini semula.
3. Follow blog kasihjuju.com.
4. Like page Kasih Juju di Facebook -->

5. Follow instagram --> helmijulia
6. Dah siap publish jangan lupa tinggalkan link blog korang dekat ruangan komen dibawah ni ya.
Segmen ini berlangsung dari 3 Julai 2017 sehingga 8 Julai 2017.
Pemilihan pemenang dipilih menggunakan aplikasi random.org.

Ahad, 2 Julai 2017

Segment July-August Bloglist By Sii Nurul

Assalamualaikum..hari ni rabia ada masa lapang.So rabia join Segment July-August Bloglist By Sii Nurul 








 

 

 

Syarat-syaratnya mudah sahaja :

1. Follow Blog Sii Nurul


3. Copy Banner diatas beserta tulis entry yang bertajuk "Segment July-August Bloglist By Sii Nurul"

4. Dah publish. Komen link kat entry ini ya.

Sabtu, 1 Julai 2017

Assalamualaikum..Hai korang
Selamat pagi

Gambar raya 2017..Raya tahun ni meriah sangat..Siap cuci gambar lagi.Letak dalam album.Rindu nanti.Boleh belek album tengok gambar.Rindu dekat sanak saudara lah

Korangn pulak macam mana raya tahun ni? Meriah tak?Dapat duit raya tak?Hehehe..alhamdulillah walaupun umur rabia dah masuk 21 tahun .Tapi still dapat duit raya.Dekat rm300 dah duit raya rabia.Hehehe..alhamdulillah ..

Yang ni raya ketiga rasanya..Raya dekat rumah kawan umi saya..
Cantik tak saya?Hehehehhe..
InsyaAllah tahun depan kita bertemu semula bulan ramadhan dan syawal ya.Semoga dipanjangkan umur.
Raya pertama,kedua,keenam lah sempat selfie wefie..
Raya tahun ni memang penuh gambar raya 2017 lah.Album pun dah nak habis.Banyak sangat gambarnya.

Raya tahun ni tema baju korang warna apa?Raya pertama makan apa?

Rabia raya pertama makan nasi dagang..umi rabia tempah nasi dagang..Raya kedua kitaorang pergi beraya.

Raya seterusnya..mereput je dekat rumah.hahahahaha..tak apalah at least pergi beraya jugak kan..dan sempat juga berjumpa dengan sanak saudara.

Time raya ni je lah boleh jumpa sedara mara..bila dah busy nanti..kerja kan..susah lak pulak nak jumpa.masing-masing sibuk hal masing-masing kan

Apa-apapun rabia nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.Kosong-kosong ya.

Ada buat rumah terbuka ke?Heheh..ajak lah rabia sekali ya.Heheheh..Korang buat tak openhouse tahun ni?Rabia tak buat open house pun.

Sebab rumah rabia selalu terbuka untuk korang πŸ’‹ Hahaha..datang je rumah i ya !

πŸ˜‹Ikhlas daripada saya : Rabiahtul adawiyah abdul ghani


Khamis, 29 Jun 2017

Dapat kad raya dari blogger..

Assalamualaikum

Dapat kak raya dari blogger kak nina ahmad dan kak farah sanusi..Hari ni rabia memang happy sangat.Terima kasih kakak-kakak sudi bagi kad raya dekat rabia.

Tak sia-sia rabia join giveaway kan..Alhamdulillah.Lama sangat dah tak dapat kad raya.Ni yang paling special sebab dapat kad raya daripada blogger..

Kad raya daripada blog  http://ciksukataip.blogspot.my/












Yang ni pulak daripada akak farah sanusi http://www.farahsanusi.com/

πŸ’‹ Kad raya ni siap letak dalam frame lagi..hehehe..tq akak blogger 

InsyaAllah lain kali rabia join lagi giveaway ke..contest ke.. Sayang sangat dekat kad raya ni.. Rabia akan simpan baik-baik kad raya ni ya kak .

Kad raya ni boleh buat kenangan lah
Dahlah cantik kad raya ni..Dulu masa zaman sekolah rendah tu..selalu je dapat kad raya daripada kawan..banyak sangat dapat.tapi terbuang lah pulak

Nasib baik lah ada lagi yang bagi kad raya kan..Dapat kad raya special pulak daripada blogger.

Thanks You 😍




 

Rabu, 28 Jun 2017

Blogger famous ni πŸ’‹ Hehehe

πŸ’‹ Assalamualaikum

Hai korang..masih beraya ke? Hehehe..rabia dah penat beraya dah.So malam ni ada masa free untuk berblogging..Blogger famous ni ? Siapa tu ? Rabia lah..hahahahahah..

Famous sekejap sebab jadi top komentar di blog kak siti rohaida yusof..Terima kasih akak..Selamat berkenalan akak..I am so happy .. Itulah kuasa berblogwalking tau..

Sebenarnya rabia memang suka blogwalking blog rakan blogger yang lain..Sebab nak berkenalan dengan ramai lagi blogger..nak pageview meningkat..Nak followers blog meningkat..InsyaAllah coming soon kot jadi famous blogger. 😍

 Korang doakan semoga rabia dapat capai cita-cita rabia..Nak jadi blogger terkenal pada suatu hari nanti.amin..
Terima kasih rakan blogger kerana sudi tunjuk ajar pada saya.Dalam dunia berblogging ni memang best.Selalu je dapat hadiah.dapat jadi top komentar.Happy sangat 😘

Apa-apapun rabia juga nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat kak cahaya diana..sebab akak sudi ajar saya speaking..Sudi berkawan dengan saya.Hope friendship till jannah.

Sayang korang semua πŸ’‹

Tak lupa juga kepada pembaca blog rabia..Thank you so much sebab sudi baca blog rabia yang tak seberapa cantik ni.HAHAHAH.. 😍😍 Tq sangat-sangat sebab support rabia . 

Ni template blog yang lama..Sekarang dah berbaju baru ya..Hehehe..selamat berblogwalking ..

Ikhlas daripada saya : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani 😍
 

Ahad, 25 Jun 2017

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

 Alhamdulillah tahun ni..dapat jugak jumpa dengan sanak-saudara..Sempat jugak selfie wefie..Nanti rabia nak cuci gambar..Nak letak gambar dalam album.Eh ada lagi ke cuci gambar?Mesti lah ada.Rabia setiap tahun cuci gambar.

Ni hah nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ya.

 Malam ni LAST terawih
Pagi nanti LAST sahur
Esok pulak LAST puasa dan
Maghrib esok LAST berbuka
Harap Ramadhan Tahun Nie
Bukan LAST Untuk Kita Semua
Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Text dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Ξ _____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | η”°η”° |ι–€| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...



SELAMAT HARI RAYA YA KORANG.. πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Hari raya pun i sempat update blog kan..Hehehe..sebab pagi tadi dah ronda-ronda rumah sanak saudara..

Kasi can lah i rehat pulak ya !!

😍 Blogger : Rabiahtul adawiyah abdul ghani

Sabtu, 24 Jun 2017

Nasi goreng biasa

Assalamualaikum..

Semalam kan rabia berbuka puasa makan kuih-muih je..Lepas solat terawih perut mula lah  lapar..Mula lah cari kedai makan..Hehehe..

Ronda-ronda lah cari kedai makan..kedai makan tutup lah pulak..Ronda-ronda lagi..Alhamdulillah dapat jugak jumpa kedai makan ni..Lupa pulak nama kedai makan ni.

Tapi my favourite food of course lah ada..hehehe..Nasi goreng biasa..Ya allah sedap sangat nasi goreng ni..Rasa nak tambah lagi satu pinggan..

Ya allah..sabar rabia. Jangan ikut nafsu sangat..Kerap sangat makan nasi goreng dari kedai makan ni..Heheh..padahal senang je masak nasi goreng ni.Paling senang sekali..sekarang dah ada periuk noxxa.

Nasi goreng biasa..harganya lupa pulak..hehe..padahal dah tengok menu dah..Ya allah sedap sangat..Nikmat rasanya.. Tambah pulak makan dengan sup tulang..pedas sikit sup tulang tu..Cepat-cepat minum air.

Hah..korang suka makan nasi goreng ke? Ke western food? Rabia makan nasi goreng hari-hari pun tak apa.sebab dah my favourite food kan..

Yang ikhlas daripada saya : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani
Blogger πŸ’œ
 

Khamis, 22 Jun 2017

The blushed nudes maybelline new york at watsons

Hai,assalamualaikum

Rabia baru je balik dari watsons..rabia beli barang makeup sikit untuk raya ni..Nak cantik raya nanti kan .. Kenalah makeup sikit.barulah cantik .

 Dah lah ada brush dah dalam tu..hehe..makin bertambah lah brush makeup..Ni brush untuk eyeshadow ni..

First time beli ni..So baru pandai nak pakai lah..Heheheh..selalu sangat tengok mua makeup kan..so ni rajin lah pergi beli the blushed nudes maybelline new york ni..

Cantik jugak colournya..Sweet gitu..Nak cantik di pagi raya ni..Haishh..tak sabar nak try pakai ni..Nanti nak beli brush baru pulak..Biar penuh alat solek je dalam bilik tu.



 Yeah...dapat jugak beli ni..Tak sabar nya nak pakai benda ni..Tengok tu brush dia pun dah ada..excited sangat nak pakai ni..

Korang dah beli ke alat makeup? Rabia ni nak tambah koleksi alat makeup baru pulak..hehehehehe..suka sangat main makeup-makeup ni..best lah pulak..boleh jadi makeup artis ni..hahaha.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Korang biasa beli eyeshadow,foundation,lipmatte,lipstick jenama apa ya? Rabia nak tahu jugak..Boleh pergi beli nanti..hehe 😍

Selasa, 20 Jun 2017

Menang contest scrub story

Hai,assalamualaikum 

Hari ini rabia nak beritahu semalam dengar bunyi hon poslaju..Rabia pergi lah keluar rumah.Tengok-tengok abang poslaju hantar parcel dekat rabia.Rupa-rupanya baru lah rabia ingat.Rabia menang contest scrub story.

Rabia cuba pakai pagi tadi..lembut je kulit muka ni..Nak dekat raya dah kan.Mesti lah nak flawless sebelum raya ni.

Terima kasih kak mieza..alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan..Syukur alhamdulillah..Ada lagi ni hadiah tau..dari blogger pun ada,kad raya dari blogger..tak sampai lagi parcelnya,Tak apa..rabia tunggu je.Nanti bunyi ping..ping..hah..abang poslaju dah datang dah.

Best jugak pakai scrub story ni.Kalau nak beli pun boleh..Jom korang add facebook kak mieyza zulkifli ni..

FACEBOOK : MIEYZA ZULKIFLI 

Rugi u alls tak cuba..bila dah cuba nanti..flawless lah . raya nanti mesti cantik !

 

Sabtu, 17 Jun 2017

Express kad raya by nina

Assalamualaikum..hai

Rabia join express kad raya by nina ni..jom join sekarang




 Syarat-syarat :
1. Follow blog Nina

2. Buat 1 entri "Express Kad Raya GA by Nina"

3. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina

4. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

5. GA bersiaran dari 16 - 18 Jun 2017 (6 PM)

Ahad, 11 Jun 2017

Segmen: Jom Tambah Follower Blog *my first segment

Menu restaurant baraqah food station kuala terengganu

Assalamualaikum πŸ’œ

Restaurant baraqah food station? Ingat tak tempat ni? Yang rabia selalu sebut-sebut tu?Rabia selalu makan dekat sini kan.Kay tee town dah ditukar nama baru pulak.Nama restaurant sekarang ialah baraqah food station.Oklah nama ni.Nampak elegant je kan.

Semalam berbuka puasa dengan menempah nasi goreng biasa di restaurant baraqah food station kuala terengganu ni.Semalam tak masak..Order dari kedai makan je lah.Sekali sekala nak juga merasa makanan kedai kan.Asyik masak je.Boring juga.Hehehe..tak tahu nak masak apa dah.my mum masak ya.Rabia tolong-tolong je apa yang patut dibuat.

Kebiasaanya,makanan yang best adalah nasi goreng.hehehe.rabia kan peminat setia nasi goreng.Daripada kecik lagi memang suka makan nasi goreng.Ini adalah ajaran ayah rabia lah.Masa kecik-kecik dulu ayah rabia selalu beli nasi goreng...Rabia makan je lah.Tiba-tiba jatuh cinta dengan nasi goreng ni.Dari kecik sampai lah dah besar sekarang always nak makan nasi goreng.Haish..tak tahu lah kenapa i suka nak goreng sangat ni.Maybe sebab sedap je nasi goreng tu.So,bila dah sedap always repeat order kan.Kalau pergi restaurant pun tak ada makanan lain dah nak makan..mesti nasi goreng ! Nasi goreng is my favourite food .









Senarai menu nasi goreng :

  • Nasi goreng biasa - Rm 5.50
  • Nasi goreng cina - Rm 6.00
  • Nasi goreng kampung - Rm 6.00
  • Nasi goreng belacan - Rm 6.00
  • Nasi goreng ikan masin - Rm 7.00
  • Nasi goreng USA - Rm 8.00
  • Nasi goreng kerabu - Rm 7.00
  • Nasi goreng cili padi - Rm 6.00
  • Nasi goreng daging merah - Rm 7.00
  • Nasi goreng ayam - Rm 6.50
  • Nasi goreng ayam kunyit - Rm 6.50
  • Nasi goreng seafood - Rm 7.00
  • Nasi goreng paprik - Rm 7.00
  • Nasi goreng tomyam - Rm 6.50
  • Nasi goreng sotong - Rm 6.50
  • Nasi goreng udang - Rm 6.50
  • Nasi goreng pataya- Rm 6.50
  • Nasi goreng cendawan - Rm 7.00
  • Nasi goreng daging - Rm 7.00 
       -  Nasi putih - Rm 1.50

 Masakan melayu,ala thai,western,arab pun ada                        
 Whatsapp : 01119933862                        
 Instagram : baraqah food station                        
 Facebook baraqah food station

Selamat berpuasa semua


Yang penat menaip : Rabiahtul Adawiyah Abdul Ghani
 

Sabtu, 10 Jun 2017

Dapat hadiah dari blogger fieza sani

Assalamualaikum 😍

Alhamdulillah dapat hadiah dari blogger kak fieza sani..Rabia kan top komentar bulan mei di blog kak fieza sani kan.Alhamdulillah rezeki pada bulan ramadhan.Bulan yang mulia.

Terima kasih kak fieza kerana sudi berkongsi rezeki.InsyaAllah ada masa rabia blogwalking blog kak lagi ya .
Kadang-kadang tak sempat rabia nak blogwalking semua blog ni.Mana yang sempat rabia jenguk ya.

Dulu,masa rabia mula-mula jadi blogger..rabia tak blogwalking pun.Sebab masa tu baru nak pandai berblog kan.
Alhamdulillah sekarang baru tahu yang blogwalking tu sangat penting.Kita mudah dapat kawan baru kan.Kita akan dapat ilmu.Dapat berkongsi masalah antara satu sama lain.

Awak semua..jom lah tepek link blog korang.Kalau ada masa free..rabia jenguk blog korang ya.Sayang korang semua.

Hadiah apa ya kak fieza bagi ni?..jeng..jeng..jeng

Rabia dapat wrislet, pengetip kuku . Alhamdulillah..sebenarnya rabia lama dah cari wrislet tu..sebab senang nak letak barang makeup..brush makeup..Alhamdulillah rezeki rabia..

Sekarang rabia tengah fikir..blog siapa lagi rabia tak blogwalking ea?Nak blogwalking ni..Sebab ada masa free ni..Dulu jangan harap lah nak blogwalking.sebab dulu busy dengan mengajar lah.Dulu rabia kan cikgu transit.sekarang blogger pulak.Hehehehe..InsyaAllah korang doakan rabia ya.Nak sangat jadi blogger terkenal pada suatu hari nanti.Amin.Semoga allah makbulkan doa rabia. 

Salam subuh , selamat pagi semua πŸ’‹

Yang penat menulis : Rabiahtul adawiyah abdul ghani 



 

Khamis, 8 Jun 2017

Semalam berbuka puasa dengan nasi goreng pataya

Assalamualaikum ❤

Semalam rabia berbuka puasa dengan nasi goreng pataya je.Itu pun umi rabia beli nasi goreng ni dekat bazar ramadhan di batu buruk.Boleh tahan jugak lah nasi goreng ni.Entah lah rabia makan je.Sedap tak sedap.Telan je.Rabia kan suka makan nasi goreng.Semua nasi goreng lah rabia suka makan.Asalkan nasi goreng.Bukan lamb chop.hehe..Nasi goreng belacan rabia tak pernah makan pun.Biasanya nasi goreng pataya,biasa,merah tu je lah biasa makan pun.

Nasi goreng pataya yang my mum beli di bazar ramadhan ni harganya rm 5.00..Memang harganya dah tu.Sebenarnya tempah nasi goreng merah dekat kedai makan pak ramli di kampung gong tok nasek tu.Tapi kedainya tutup.So my mum beli nasi goreng pataya je lah.Rabia biasanya suka makan nasi goreng pataya yang ada ayam kfc tu.Alhamdulillah lah dapat ayam goreng kunyit kan.Syukur lah.Kenyang perut juga semalam.Hehehe.


Sorry lighting gelap sikit.Alhamdulillah kenyang sangat..Korang suka makan nasi goreng ke ? Macam rabia ni.Hehehe.Nasi goreng my favourite food.Nanti nak try nasi goreng lain pulak dekat kay tee town tu.Yang rabia selalu pergi tu..

Selamat berbuka puasa ❤ Jangan makan banyak sangat masa waktu berbuka puasa tu.Kan tak larat nak solat terawih kan.

Yang penat menaip : Rabiahtul adawiyah abdul ghani ❤