Kelebihan makan vitamin c flavettes - Penulis blog:Rabiahtul

Oktober 20, 2016

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..KORANG APA KHABAR?KORANG SIHAT TAK?RABIA LAMA TAK BERBLOGGING KAN..RABIA BUSY SANGAT..SORRY SEMUA..MALAM NI RABIA NAK SHARE PASAL KELEBIHAN MAKAN VITAMIN C FLAVETTES NI.RABIA PUN MAKAN JUGA VITAMIN NI.NAK TAHU KHASIATNYA?

 KELEBIHAN VITAMIN C.. kenapa kita perlukannya.

1) Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka
Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi. Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting.

3) Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

"Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia)

4) Antioksidan yang bagus
Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Catat Ulasan
Dikuasakan oleh Blogger.